Dengan nama Allah swt yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah dengan limpah Kurnia dan RahmatNya laman web ini dapat diusahakan oleh saya atas bantuan anak Kak Cah iaitu Muhammad Zumairi.Tujuan laman web Kelab Keluarga Senan Ali ini diwujudkan supaya semua generasi akan datang anakanda dan cucunda dapat mengenali dan mengeratkan lagi tali Silaturrahim dari generasi pertama dan seterusnya,supaya tidak akan hilang atau luput dari ingatan anakanda dan cucunda. Pak usu memohon ampun dan maaf jika ada tersilap taip atau pun menyinggung perasaan ketika mendapatkan maklumat peribadi kerana tujuannya hanya untuk mendapat iktibar serta berkongsi maklumat keluarga seluruhnya. InsyaAllah.
Sekian dan Terima Kasih.
Wassalam.
Administrator/Editor : Mazalan bin Senan
Assistance Editor : Muhd Zumairi bin Subandi